Friday, February 25, 2011

Kebangkitan Mesir 2011 [bahagian 3]

بسم الله الرحمن الرحيم 




2 Februari 2011

Disebabkan kebosanan tahap gaban, kitorang kemas la rumah. Aku tengah syok gotong-royong kemas rumah dengan ahli bait aku, tiba-tiba je..Jeng..jeng...jeng! Dapat berita penting! Kitorang diarah siap-siap packing barang supaya senang bila nak gerak nanti. Hmmph..dah lama dah siap packing..Dah berapa kali pack-unpack dah, nak pastikan barang-barang tu tak banyak dan senang nak bawa.

So, kitorang kena sentiasa get ready je sebab bila-bila masa je kitorang akan disuruh berkumpul. Kitorang pun siapkan bekal nak bawa pergi Cairo. Dari pagi sampai malam kitorang tunggu, bila la diorang nak panggil kumpul ni...takde pun…Dah la makan pun rushing je. Takut tertinggal punya pasal..hahaha!

3 Februari 2011

Sekali lagi kitorang menunggu dengan penuh harapan. Hah! Telefon Hanis bunyi! Sapa tu? Oooo..kitorang kena kumpul pukul 6 pagi esok. Esok pelajar Tanta akan gerak ke Dewan Malaysia (ARMA) di Cairo. Yeah!

Hari tu juga la kitorang pergi jumpa baba, nak bayar sewa. Baba tu baiklah pulak. Dia tak nak ambik sewa untuk bulan 3, dia ambik untuk bulan 2 je. Dah tu, duit bil pun dia tak ambik. His son said, “It’s okay. If you need the money, keep it. If you have problem, tell us. Do you need food?”. Lebih kurang camtu la. See...siapa kata orang Arab kasar? Ada je yang baik okay?

Dipendekkan cerita, malam tu aku tak tidur pasal aku ni memang jenis yang payah nak bangun pagi. Ooops!

4 Februari 2011

Pelajar-pelajar Tanta gerak ke Cairo. Pukul 6 pagi dah keluar rumah. Sebelum tu, kena kejut baba dulu! Hahaha...Lama juga ahli bait aku ketuk pintu rumah baba. Last-last, anak dia yang buka. Muka selebet je…mata kuyu..sah-sah baru bangun tidur! Sorry la ganggu, tapi, kitorang nak gerak ni...Tolong buka pintu pagar, boleh?

On the way ke Cairo, ustaz-ustaz ada pesan, kami akan melalui banyak checkpoint. Checkpoint apa pula ni? Ni bukannya pertandingan Explorace…Ustaz tu kata, kalau ada pakcik polis naik bas kitorang, nak check barang-barang, tolong beri kerjasama. 

Hmmm…yelah…aku tak tau la ada ke tidak checkpoint tu sebab, sepanjang jalan aku tidur! Dah nak sampai ARMA baru aku bangun. 

Mula-mula sampai tu, terkejut sebab dapat tahu aku ditempatkan dalam bilik yang akan dimuatkan dengan 30 orang. Biar betol! Bukannya tak bersyukur, tapi, bilik tu kecik sangat. Nak duduk pun tak muat. (Betul ni! Memang tak muat nak duduk.) Lepas tu, kakak yang uruskan tu bagi la bilik lain kat kitorang. Tapi, malam tu, aku pergi tidur kat bilik Hanis.

Kat ARMA ok je. Cukup je makan. Time tu orang tak ramai sangat. Pelajar-pelajar lain dah pergi Jeddah. Time kawan aku, Nabilah transit kat situ, memang ramai. Sebab tu ada yang kata tak cukup makanan. Pastu sampai kecoh cerita tu di Malaysia.

Malam tu pula dapat berita kitorang akan dipindahkan ke Jeddah esok pagi.

5 Februari 2011

WE ARE GOING TO JEDDAH!


Pukul 5.45 pagi berkumpul. Dengar taklimat. Pukul 7 lebih gerak ke airport. Kat airport, memang ramai sangat orang tunggu giliran nak balik. Ramai sangat-sangat. Kat sana dapat makan biskut. Kerajaan bagi. Ok la tu. Flight pukul 12.30 p.m. Naik MAS.

Selamat tinggal Mesir! Nanti aku datang balik..! Insya Allah~

SAMPAI DI JEDDAH!

Flight 2 jam je. Time nak take off tu la aku tidur. Bangun-bangun je makanan dah ada depan mata. Lepas tu, tidur lagi. Sampai kat Jeddah dalam pukul 2.35 p.m. Hmm..Jeddah ni panas. Bahang. Dah lama tak rasa bahang matahari disebabkan Mesir masa tu masih musim sejuk.

Kitorang pun duduk la melepak kat airport Jeddah, Lapangan Terbang King Abdul Aziz tu. Setiap ceruk arriving hall tu orang Malaysia je ada. Sana selonggok. Kat situ selonggok. Kesian...Pelajar-pelajar Alex dengan anggota TUDM pun ada kat sana. Budak Alex naik pesawat Charlie TUDM. Kawan aku, Ainin pun dapat naik pesawat tu. Dia kata, “Tak selesa tapi, dapat pengalaman”. Pilot TUDM tu siap buat aksi pusing-pusing lagi time flight.
Ni la Charlie..cute kan?
 Lepas habis semua urusan kat airport, kitorang pun gerak ke Madinatul Hujjaj. Time tu dah pukul 7 p.m. Kiranya dekat 5 jam kami tersadai di airport Jeddah. Pukul 9 p.m kitorang sampai di Madinatul Hujjaj. Dah la aku tengah mamai, baru bangun tidur, terhuyung-hayang jalan pergi tempat orang lain berkumpul. Disebabkan bilik asrama tak cukup, kitorang yang dari Zaqazig dan Tanta ditempatkan di surau. 

kawasan depan musolla. Ni gambar dari internet.
Surau tu memang selesa sungguh! Nak mandi pun senang sebab toilet dekat je. Satu je masalah: Bila ada pengumuman, kitorang tak dengar sebab tak ada speaker kat surau tu.

So, setiap malam, aku ngan kawan aku akan lepak kat luar untuk dengar pengumuman. Nombor giliran pelajar yang akan pulang diumumkan guna speaker tu. Sebab tu kena alert sentiasa.

6 Februari 2011

Sepanjang duduk kat Jeddah tu memang rasa banyak masa terbuang camtu je. Tidur, makan, tengok movie, melepak, makan lagi, tidur lagi, tengok movie lagi…bosan giler! Ada la juga tolong buat database. Tapi, aku tolong baca je la. Setiap hari kitorang tunggu, bila la boleh balik Malaysia ni. 

Hah! Ni nak ucap terima kasih yang tak terkira kat Tabung Haji. Terima kasih sediakan penempatan, makanan dan jaga segala keperluan pelajar-pelajar Malaysia masa kami transit kat Jeddah. Sangat selesa dan terharu dengan layanan anda semua. Terima kasih! Semoga Allah melimpahkan rahmat dan berkatNya kepada anda semua.

To be continued~
Share:

Wednesday, February 23, 2011

Kebangkitan Mesir 2011 [bahagian 2]

بسم الله الرحمن الرحيم 

28 Januari 2011


THE RIOT STARTS FROM NOW!

Ahli bait aku, Malia nak balik Malaysia! Bye..bye.. Malangnya, time ni la rusuhan bermula! Hahaha..excited tak? Memang excited. Macam-macam hal jadi. Tramco (van sewa) yang kawan aku tempah untuk pergi Cairo, tak tiba seperti yang dijanjikan. Dari pukul 4 petang sampai pukul 5 petang diorang tunggu tramco tak sampai-sampai. Disebabkan dah nak maghrib time tu, ada la ikhwah ni suruh diorang balik rumah dulu, nanti sambung tunggu tramco lagi. Malia time tu dah bengang dah. Dah la orang yang uruskan pasal tramco tu tak tunjuk-tunjuk muka.

Ha! Masa diorang dok tunggu tramco tu, diorang kata, mata diorang pedih. Pedih sangat! Diorang kata tu gas pemedih mata yang pakcik-pakcik polis hadiahkan kat perusuh. Tak sangka la pula sampai ke kawasan perumahan kami gas tu tersebar.

In the end, tramco memang tak datang. Masalahnya, hari tu la pula sistem komunikasi langsung tak berfungsi. Mula-mula tu pelik la juga. Apasal la pula tiba-tiba je handphone tak boleh call/sms. Internet pun tak boleh guna. Rupa-rupanya, semua kena sekat. Memang susah giler la hari tu. Nak sampaikan berita kena jumpa face to face. Huh... 


Dengan pertolongan senior kami, Dr Azhan, Malia, Nad dan Nadia dapat la juga pergi Cairo walaupun cuma naik peugot (kereta sewa arab). Lebih baik ada daripada tak ada kan? Kawan-kawan yang lain tak dapat la nak iring diorang pergi airport. Time tu dah pukul 8 malam, flight pukul 12.00 a.m. Semua dok berdoa je supaya diorang tak terlepas flight.

29 Januari 2011

Flight Malia kena delay. 2 jam la juga diorang tunggu kat airport. Apa-apa pun, diorang selamat sampai ke Malaysia. Talian telefon pulih pada hari yang sama. Tapi, internet tetap tak boleh guna. Nak contact ngan family payah la sikit. Kalau call/sms dah tentu-tentu kena bayar. Internet lain la..FREE.. Lepas kitorang dapat tau rakyat Mesir memang sungguh-sungguh nak merusuh, senior-senior semua nasihatkan kumpul barang makanan, keperluan harian. Mana la tau Mesir akan diisytiharkan darurat. So, better get ready than nothing!

30 Januari 2011


Perintah berkurung mula dikeluarkan. Dari pukul 4 petang sampai pukul 6 pagi. Perintah berkurung ni untuk keselamatan kitorang juga. Balai polis kena bakar, penjahat dah terlepas, polis Tanta pula pergi Cairo, nak redakan keadaan di Cairo. Kiranya, Tanta takde polis la time tu. Apa-apa hal jadi pun, kitorang takde tempat nak mengadu. Jadi, kitorang kena la alert sentiasa. Jaga keselamatan diri. Huru-hara juga keadaan Mesir masa tu,

Tuan rumah (baba) pun dah mula kunci pagar utama flat kitorang. Sebelum ni pagar utama tu memang dibiarkan je terbuka. Ada sekali tu waktu aku dan Hanis nak keluar jumpa kawan Hanis, terserempak dengan baba. Muka beliau nampak bengis je time tu. Macam polis nak soal siasat penjahat baba tanya, "Nak pergi mana?". Daripada susah payah terangkan nak jumpa kawan dalam bahasa Arab, Hanis jawab, "Nak pergi kedai". Senang cerita. Baba suruh balik cepat sebab nanti beliau nak kunci pagar. Aku dengan Hanis pun berlari la pergi rumah kawan Hanis tu. Takut kena kunci kat luar rumah.

31 Januari 2011-1 Februari 2011

Kitorang dengar khabar angin, kerajaan Malaysia nak bawa keluar kitorang keluar dari Mesir. Macam-macam versi ada. Kitorang cuma harapkan family kat Malaysia beritahu berita terkini kat kitorang. Internet masih tak boleh guna. Kitorang memang takde sumber lain dah nak tahu berita terkini. Kadang-kadang tu tumpang tengok berita kat kedai runcit. Tapi, memang tak faham la. Takat tengok gambar tu boleh la. Memang teruk la keadaan Mesir dalam berita tu. Bank kena bakar, kedai, macam-macam lagi la.


Family pun dah mula risau. Setiap kali telefon, mesti ibu akan tanya, "Makanan cukup?" Hahaha..kitorang kat Tanta ni, langsung takde masalah nak dapatkan makanan. Alhamdulillah. Kalau kawan-kawan di Cairo, Alex dan Mansourah tu susah la kott. Tempat-tempat tu perusuh-perusuh memang aktif. 

Itulah hikmahnya Allah letakkan aku dengan kengkawan aku kat Tanta. Walaupun Tanta tu orang lain kata kampung, kitorang ok je...

Disebabkan excited dengar berita kerajaan nak angkut kitorang balik, setiap kali telefon berbunyi, semua berdebar je nak tau sapa telefon..mana la tau ada berita baru..Sepanjang tempoh menunggu nak dapat berita yang sah, kitorang habiskan masa dengan tengok movie, kemas rumah, makan, buat assignment. Itu je la yang kitorang boleh buat. Walaupun Tanta aman, kitorang tak digalakkan keluar rumah.

To be continued~
Share:

Tuesday, February 22, 2011

Kebangkitan Mesir 2011 [bahagian 1]

بسم الله الرحمن الرحيم 

Manusia hanya mampu merancang. Allah yang menentukan segala-galanya.

Sempena cuti musim sejuk ni, aku dengan kawan-kawan yang lain dah rancang macam-macam aktiviti. Nak pergi Sinai, nak pergi ‘Ma3rad Kutub’ (pesta buku), nak pergi jalan-jalan di Alexandria…Tapi, tak kesampaian, Semua aktiviti terpaksa dibatalkan disebabkan kebangkitan rakyat Mesir menentang presiden mereka, Hosni Mubarak. Ikut cakap kakak-kakak senior, di Mesir memang dah selalu dah berlaku rusuhan dan demonstrasi. 

Ditakdirkan Allah, tahun inilah diorang bersungguh-sungguh nak gulingkan kerajaan. Salah satu sebab semangat diorang naik: Rakyat Tunisia berjaya gulingkan kerajaan diorang. Sebab tu lah rakyat Mesir pun semangat giler buat rusuhan.

Disebabkan rusuhan ni juga kerajaan Malaysia bawa balik pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Mesir, termasuklah aku. Dalam proses nak keluar dari Mesir tu lah cuti winter kami bermula.

Sejak tercampak di Mesir ni, banyak sangat peristiwa tak dijangka berlaku. Kali ni, memang aku tak sangka aku akan terlibat dalam satu peristiwa bersejarah bagi bangsa Arab dan rakyat Mesir khususnya.

25 Januari 2011

Gam3ah (universiti) cuti sempena Hari Polis Mesir. Sehari sebelum cuti, lecturer kitorang ada pesan, “Don’t go anywhere. Stay at home. I heard there will be a demonstration tomorrow”,
Lebih kurang camtu la pesanan lecturer Fizik kitorang. Tapi, kitorang keluar juga rumah time tu.

26 Januari 2011

Kitorang pergi Cairo sebab ada urusan penting (soal hidup dan mati nih!). On our way home, ada la juga nampak pakcik-pakcik polis berkumpul tepi jalan. Kitorang boleh lagi buat lawak, “Polis Mesir nak buat demonstrasi kut!”

27 Januari 2011

WINTER BREAK STARTS NOW! 
Hari paling banyak program! Birthday aku, exam Chemistry, program ramah mesra bersama senior pergigian Jordan..hahaha..penat giler..Ahli bait aku masak macam-macam sambut birthday aku…ada kek…ada mashed potato…pudding caramel…sedapnye…! Mula-mula aku rancang nak pergi Alex malam tu, tapi, cam takde mood je..so, aku pun batalkan nak pergi Alex tu...rupa-rupanya ada hikmahnya~

To be continued~
Share: